LET'S CLICK!
KpopIsTheB2st's Zone


ENTRY ABOUT LINKS STUFF NEWER OLDER

Adakah COUPLE itu HARAM???
Ia memang benar couple itu haram di sisi Islam. Dalam AL-Quran, telah tertulis satu ayat al-quran dalam surah Al-Isra' ayat 32 yg bermaksud "Janganlah kamu mendekati zina". Ayat itu sudah jelas mengatakan bahawa couple itu HARAM. Mesti kebanyakan orang tidak mempercayai bahawa COUPLE itu HARAM di sisi Islam. Kenapa couple tu Haram? Mesti ada org yg tertanya2 psl benda tuh.. Walaupun setengah org couple x berpegang tgn dan sebagainya... anda pernah pergi DATING? pernah CALL? itu sebenarnya COUPLE juga.
Sebenarnya Zina ni ada byk tp og lain igt zina tu hanya yg melakukan maksiat tu je. S'bnarnya tidak, zina ada byk. Mari saya terangkan satu2:

1) Zina mata - Apabila kita melihat pada pasangan yang bukan MAHRAM itu dgn penuh kasih sayang.
2) Zina Kaki - Apabila kita kluar berdua-duaan dgn pasangan org yg bukan MAHRAM itu.
3) Zina Tangan - Bersentuh-sentuhan dgn org yg bukan MAHRAM itu.
4) Zina Hati -  Kita rasa rindu terhadap seseorang dan teringat akan pasangan yg bukan MAHRAM itu.

Bukannya kita tak boleh lansung layan lelaki, tapi ada batasnya. Sebagai contoh, perasaan bila kita bermesej dengan sahabat kita tak sama dengan perasaan bila kita bermesej dengan pasangan kita yang BUKAN mahram itu.


Sebab itulah, couple itu haram. Kalau kita yakin yang kita mampu jaga semua di atas,maka tak menjadi masalah. Tetapi nak menjaga hati daripada mengingati pasangan kita itu amatlah payah, betul tak?

Soalan: Macam mana kalau dah jumpa calon yang sesuai? Takkan nak biar je? Nanti melepas pulak...

Jawapan: Hmm...kalau btul kita dah jumpa calon yang sesuai untuk kita,maka lakukanlah solat istikharah. Mohon petunjuk dr Allah. Dan jika Allah permudahkan, kita akan satukan dengan pasangan kita itu melalui ikatan perkahwinan. Jika kita masih belajar dan tak mampu untuk berkahwin, kawal lah perasaan itu dan yakinlah dengan Allah.
Biarlah kita bertahan daripada melibatkan diri dengan maksiat yang akhirnya mengundang kemurkaan Allah.

Ya, saya tak nafikan perasaan itu tak diminta...dah suka..nak buat macam mana kan...tetapi...perasaan itu boleh dikawal kan? Tipulah kalau saya katakan saya tak pernah suka pada seseorang..tetapi kawallah perasaan itu dengan mengingati Allah. Istighfar banyak2....kalau btul jodoh kita dengan orang tu, insyaAllah suatu hari kita akan disatukan...

Memang payah. Tetapi biarlah kita melalui kepayahan untuk mendapat keberkatan. Kadang-kala, perkara yang susah untuk dimiliki itu, lebih bernilai kan? Sbb bila kita jihad ke jalan ALLAH iaitu melawan nafsu shahwat kita tu, kita akan m'dpt byk pahala.



Ada pula yang mengamalkan Islamic couple, macam mana tu?  Mereka tak keluar berdua,tak bersentuhan.Tetapi hanya berhubung melalui SMS. Ketahuilah yang syaitan sangat licik dalam memesongkan kita. Mereka bertepuk tangan melihat kita leka. Melalui SMS yang tak penting, kita takkan dapat menjaga hati. Nanti kan melarat dengan menggunakan perkataan "abang,sayang,honey,umi,ibu,ayah,darling"...dengan menggunakan tiket"kita akan berkahwin nanti..kita tak buat perkara yang salah"...senang je nak tahu perkara itu salah atau tak..jika kita melakukannya, adakah kita rasa gelisah, teragak-agak, tak tenang??Kalau jawapannya adalah 'ya', maka perkara itu sebenarnya mendatangkan dosa...


Janganlah kita hilangkan keberkatan perkahwinan itu dengan percintaan sebelum kahwin. Simpanlah perasaan itu sehingga adanya ikatan sah. Keberkatan perkahwinan itu penting sebagai usaha untuk mewujudkan baitul muslim. Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Yang dapat sama-sama memperjuangkan Islam. Itulah matlamat yang sebenar, bukan hanya nafsu, hanya suami yang berhak ke atas seorang isteri, bukan pakwe, balak, tunang atau lain-lain....


Sebenarnya perkara ini juga memberikan saya panduan utk hidup dengan cara yang btul. Kebanyakan isi di atas, saya dpt drpd blog sorang akak ni... Tapi isi nya amat padat dan apa yg dikatakan amat benar. Jadi saya amat berharap, kita dapat menegakkan syariat Islam dengan btul. Bukan dgn cara yg Syaitan suka. Jadi elakkan diri anda daripada perbuatan maksiat.

COPYRIGHTS RESERVED © 2013 BY NUR IRDINA MOHD SHAHRIR IN ❅ KPOPISTHEB2ST™ ZONE ❅